Soalan
Batalkah puasa jika bermimpi hingga keluar mani ketika tidur
pada siang hari? Hal ini tidak disengajakan.
Jawapan
Bermimpi perkara yang memberahikan sehingga terkeluar mani
ketika tidur siang hari pada bulan Ramadan tidak membatalkan ibadah puasa
seseorang. Oleh itu, tidak ada dendanya dan tidak perlu dikada.
Huraian
Akan tetapi jika dikeluarkan sendiri dengan tangan, maka
terbatallah puasanya. Selepas Ramadan mestilah dikadakan puasanya tersebut
dimana-mana hari dalam sebelas bulan yang baki.
Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...