Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 18, 2013

Mengapa Puasa Nabi Tiada 31 Hari?

Mengapakah ada kalanya Nabi S.A.W. berpuasa 29 hari, kadang-kadang 30 hari dan tidak pernah  sampai 31 hari dalam bulan Ramadan?

Puasa umat Islam ialah puasa menurut sepertimana Nabi S.A.W. berpuasa, iaitu selama sebulan dalam setahun, ialah dalam bulan Ramadan. Jumlah sebulan dalam kiraan Islam ialah 29/30 hari, kadang-kadang 29 hari dan kadang-kadang 30 hari, mengikut rukyah (melihat anak bulan).

Kedudukan anak bulan memang telah disunahkan (ditentukan) oleh Allah tidak menentu jumlahya; ada kalanya 29 hari dan adakalanya 30 hari. Ketentuan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Nabi S.A.W. sendiri berpuasa  selama 9 tahun setelah diturunkan ayat mewajibkan berpuasa, cuma beberapa kali sahaja baginda berpuasa genap 30 hari, selebihnya 29 hari sahaja, demikian menurut riwayat Ibnu Mas’ud yang terdapat dalam susunan Abu Daud dan Attirmidzi.


Tahun Masihi dikira mengikut peredaran matahari maka jumlahnya tetap 30/31 setiap bulan kecuali tahun lompat 28 hari. Sedangkan tahun hijrah mengikut peredaran bulan. Harinya tidak sama dan tidak tetap sama ada 29 atau 30. Tapi tidak kurang dari 29 hari dan tidak lebih dari 30 hari. Sebab itulah Rasulullah S.A.W. tidak pernah puasa 31 hari. 


Rujukan : 600 Kemusykilan Agama Islam Jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net