Gambar sekadar hiasan
Dalam hadis Anas r.a. dari Rasulullah S.A.W. telah
bersabda : “Bahawa sesungguhnya telah datang kepadaku Jibrail A.S. dan
ditelapak tangannya terdapat cermin yang putih dan berkata Jibrail A.S. : “Ini
adalah Jumaat, Tuhanmu telah memfardhukannya kepadamu agar Jumaat itu menjadi
hari raya bagimu dan bagi umatmu sepeninggalanmu”.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apakah yang
ada bagi kamu di dalamnya, lalu Jibrail A.S. berkata: “Di dalamnya kamu
memiliki sebuah saat yang paling baik dan sesiapa yang berdoa di dalamnya
dengan kebaikan yang dibagikan kepadanya, Allah akan memberinya kabaikan itu
dan tidak ada bahagian yang disimpan untuk lebih agung dari itu, atau dia
berlindung dari kecelakaan yang telah merupakan hal yang ditulis atas dia
kecuali Allah S.W.T. akan mengampuninya dari yang lebih dari itu. Dia adalah
pemimpin dari semua hari bagi kita dan kita akan menyebutnya esok di hari
kiamat dengan “hari tambahan”.
Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya: “Mengapa begitu”.
Berkata Jibrail A.S. : ‘Sesungguhnya Tuhanmu Azza Wa Jalla telah membuat sebuah
lembah yang sangat semerbak bau wanginya dan juga sangat putih. Dan apabila
datangnya hari Jumaat maka turunlah Allah S.W.T. dari Illiyyin ke atas kursinya
dna Nampak kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada Zatnya yang agung”.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sebaik-baik hari
yang terbit matahari di dalamnya adalah hari Jumaat, di hari yang diciptakan
Adam A.S, di hari yang dimakukkan Adam A.S. ke syurga, di hari yang Nabi Adam
A.S. diturunkan ke Bumi, di hari yang diterimanya taubat Adam A.S. dan hari
Jumaat juga hari yang Nabi Adam A.S. wafat dan di hari Jumaat jugalah akan
berlakunya kiamat itu. Hari itu di sisi Allah S.W.T. adalah hari penambahan.
Begitulah malaikat-malaikat menyebutnya di langit. Dan hari Jumaat jugalah hari
melihat kepada Allah S.W.T.”.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah
bersabda : “Apabila selamat hari Jumaat, maka selamat pula hari yang lainnya”.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya neraka
Jahim itu menyala setiap hari sebelum zawal (yakni matahari tergelincir dari
tengah langit) yakni waktu Istiwa matahari (di tengah langit) dalam jantung
langit.
Oleh itu janganlah kamu sembahyang di saat ini kecuali hari Jumaat, kerana pada hari itu
waktu solat seluruhnya dan sesungguhnya neraka Jahanam tidak menyala di
dalamnya”.
Ka’ab r.a. berkata : “Sesungguhnya Allah S.W.T.
telah mengutamakan mekah di antara beberapa negeri, bulan Ramadhan di antara
beberapa bulan dan Jumaat di antara beberapa hari dan Lailatul Qadar di antara
beberapa malam”.
Dikisahkan
sesungguhnya burung-burung dan bangsa serangga itu bertemu antara mereka
di antara satu sama lain pada hari Jumaat dan mereka berkata;
“Selamat,selamat,ini adalah hari yang baik”.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang mati pada
hari Jumaat, atau malam Jumaat, amak dituliskan baginya pahala orang mati
syahid dan terpelihara dari seksa kubur”.
Hari Jumaat adalah
satu hari yang sangat mulia di
antara hari-hari yang lain. Oleh itu hendaklah kita berada di masjid lebih awal
dengan mengerjakan solat-solat sunat dan minta kepada Allah S.W.T., sebab dalam
masa tersebut ada suatu masa yang mana doa kita akan diperkenankan oleh Allah
S.W.T.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...