Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 25, 2013

Keistimewaan Ayat ‘LA ILAHAILLAALLAH

Kisah ini berlaku pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu mati, maka Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka.

Sesudah itu mati pula seorang penderhaka, maka Nabi Musa A.S. mendapat tahu hal ini maka dia pun pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya : “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isteri ahli ibadat itu berkata : “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya”.


Nabi Musa A.S. bertanya lagi : “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri ahli ibadat itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: ‘Alangkah beruntungnya kami, kalau apa yang diajar Nabi Musa itu benar’”. 

Setelah Nabi Musa A.S. mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu maka dia pun pergi ke rumah penderhaka itu, setelah sampai di rumah penderhaka itu, maka Nabi Musa A.S. pun bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?”. Isteri penderhaka itu berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata”. Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain dari itu?” Maka isteri penderhaka itu berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca la ilaha illaallah walhamdu lillah atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa A.S.”

Dalam kisah ini, kita dapat bayangkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin 100% dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S. maka Allah S.W.T. masukkan dia ke dalam senarai ahli neraka, oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh  khusyuk dan dengan harapan bahawa kita pasti akan bertemu dengan Allah, dan jangan ragu-ragu tentang itu. 

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘la ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh : “Tenanglah, diamlah”. Maka burung itu berkata : “Tidak, sebelum engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya”.

Maka Allah S.W.T. pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberi 70 lidah untuk membaca istigfar bagi orang yang membaca ‘La illaha illallah’ itu sehingga hari kiamat.

Dan apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah tersebut dan menontonnya masuk ke syurga.

Dikisahkan pula ketika Allah S.W.T. menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa A.S. maka pada waktu itu Nabi Musa telah berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah aku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu dan kurniaMu ini”.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘la illaha illallah’”. Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkanlah lagi untukku”.

Maka Allah S.W.T. berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘la illaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘la illaha illallah’ itu”. 

Abu Lait berkata: “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah S.W.T. dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih di laut. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya”.

  1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulakanlah dengan ‘Bismillah’.
  2. Apabila setelah selesai mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca ‘Alhamdulillah’.
  3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik maka hendaklah segera menyatakan ‘Astagfirullah’.
  4. Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.
  5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’.
  6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun’.
  7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca ‘Laa illaha illallah’.  



No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net