Benarkah seseorang yang dapat menghafaz kesemua nama
Tuhan (99 semuanya) maka Allah akan mengampuni semua dosa-dosanya?
Menurut keterangan dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Imam At-Tarmidzi daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,
“siapa yang menghafaz 99 nama Allah (Asmaul Husna) dia akan dimasukkan ke
Syurga”.
Yang dimaksudkan dengan menghafaz boleh dimasukkan
ke Syurga ialah bagi orang yang menjadikan Asmaul Husna itu, sebagai zikir
selain dari melakukan ibadah yang wajib, tetapi bukan semata-mata membaca
sambil lewa sahaja.
Zikir ada 3 bentuk, zikir lisan, zikir hati, dan
zikir perbuatan. Ketiga-tiganya mesti berjalan serentak untuk membolehkan
mereka masuk syurga. Misalnya berzikir nama Allah ‘Basir’ ertinya lidahnya
mengakui Allah juga bernama ‘Yang Melihat’. Hatinya yang menyakini, memang
Allah Tuhan Yang Maha Melihat, manakala dalam perbuatannya, dia tidak berbuat
jahat kerana menyakini Allah akan melihat perbuatan jahatnya itu.
Rujukan : 600
Kemusykilan Agama Islam Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...