gambar sekadar hiasan
Telah diriwayatkan bahawa sesungguhnya sewaktu Nabi
Nuh A.S. telah memuatkan semua makhluk Allah S.W.T. setiap sepasang sebagaimana
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. maka Nabi Nuh A.S. terpandang seorang tua
yang tidak dikenali duduk dalam bahtera beliau, maka beliau pun berkata :
“Apakah yang mendorong kamu masuk ke sini?”.
Kemudian orang tua itu berkata : “Kedatangan ku mari
adalah untuk mendapatkan hati para
sahabat kamu, biar hati mereka bersamaku dan tubuh mereka bersama kamu”. Setelah Nabi Nuh A.S. mendengar kata-kata
orang tua itu, maka tahulah Nabi Nuh A.S. bahawa orang tua itu adalah Iblis
laknat. Lalu berkata Nabi Nuh A.S. “ Keluarlah kamu dari bahtera ini wahai
musuh Allah, kamu adalah orang yang dilaknati”.
Kemudian Iblis laknat berkata: “Aku ada 5 cara untuk
membinasakan manusia dengannya, tetapi aku hanya akan memberitahu kamu 3 sahaja
dan aku tidak akan menceritakan kepada kamu bakinya dua itu”.
Setelah itu Allah S.W.T. menurunkan wahyu yang
bermaksud : “Wahai Nuh, sesungguhnya kamu tidak memerlukan yang tiga itu,
tetapi hendaklah dia memberitahu yang dua itu”.
Lalu Nabi Nuh A.S. berkata : “ Katakanlah kepadaku
yang dua itu”. Iblis berkata: “ Ada dua hal yang tidak pernah membohongi aku
dan tidak pernah mereka menyalahi aku, dan dengan keduanya aku celakakan
manusia itu dengan kerakusan dan kedengkian. Dengan sebab kedengkian itulah aku dilaknat dan menjadikan aku orang
yang terkutuk. Dan adapun kerakusan itu
telah diperolehi di syurga seutuhnya bagi Adam kecuali syajarah, lalu aku
mendapatkan keperluan aku melalui Adam
sebab kerakusan. Di antaranya kenyang dari makanan, walaupun makanan itu halal
dan bersih, akan tetapi kekenyangan akan
menguatkan kesenangan-kesenangan nafsu, dan
kesenangan itu adalah pedang-pedang syaitan”.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...