Benarkah ibadah orang yang berhutang tidak diterima
oleh Allah? Sekiranya si pemberi hutang telah meninggal dunia kepada siapa
hutang itu mesti dibayar?
Sebenarnya, ibadah orang yang berhutang tetap
diterima oleh Allah tetapi kalau dia tidak berniat untuk membayar hutang, maka
menurut keterangan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, bahawa
Allah akan membinasakannya.
Tersebut juga dalam sebuah hadis, sekiranya orang
yang berhutang itu mati dalam peperangan, maka dosanya tetap tidak diampunkan
oleh Allah.
Oleh itu, jelaskan hutang itu kepada warisnya jika
orang yang berkenaan sudah tiada dan hadiahkan kepada arwah tadi dengan doa.
Buatlah kebajikan dan sedekahkan pahalanya supaya dia mendapat keberkatan di
dalam kubur.
Hutang boleh dibayar secara sedikit-sedikit. Kalau
ada rezeki banyak, bayarlah banyak. Utamakan membayar hutang dari berbelanja
besar. Kalau hendak mengerjakan haji sedangkan hutang masih ada eloklah
diutamakan membayar hutang. Kalau pergi haji juga dan berniat tidak mahu
membayar hutang maka hajinya tidak diterima.
Rujukan : 600
Kemusykilan Agama Islam Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...