Gambar sekadar hiasan
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman
Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang ulama’ Islam yang terkenal bernama Ali Bin Fadhil. Beliau
terkenal kerana sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan
kebesaran dunia. Disebabkan sifat pekertinya itulah dia amat dicintai oleh umat
Islam di zamannya.
Pada suatu hari ulama’ besar itu telah pergi ke
Mekah kerana hendak menunaikan Haji. Ketika beliau sedang mengerjakan tawaf di
Kaabah iaitu di tengah-tengah lautan manusia ketika itu, tiba-tiba seorang
pencuri telah Berjaya mencuri dompetnya. Setelah dia selesai mengerjakan tawaf
barulah dia sedar bahawa dompetnya telah dicuri. Dengan tenang dia menghadapi
kejadian itu sebagai ujian dari Allah. Ayahnya yang melihat peristiwa itu
berasa hairan dengan sikap anaknya. Dia kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa
yang berlaku.
Tetapi setelah itu, tiba-tiba Ali Bin Fadhil
menangis. Melihatkan anaknya menangis, ayahnya datang menghampirinya dan
bertanya : “Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang telah dicuri
itu?”. “Tidak ayah, apalah yang hendak ditangiskan kalau itu kehendak takdir”,
kata Ali sambil mengesat air matanya.
Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenangkan
nasib orang yang mencuri itu. Ini kerana dia tidak akan berupaya hendak membela
perbuatannya itu di hadapan Allah S.W.T. pada hari Kiamat nanti. Begitulah
keadaan orang yang beriman, mereka sentiasa memandang kecil pada kerugian harta
dunia yang tidak kekal. Manakala bagi orang tidak beriman mereka akan menganggap itu adalah kerugian yang besar.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...