Carilah malam Lailatul qadar itu di dalam jangkamasa sepuluh hari terakhir di dalam bulan Ramadan. Di antara malam-malam tersebut yang terlebih kuat dalilnya adalah pada malam yang kedua puluh tujuh. Pada pendapat Imam Malik Rahimahullah ianya hendaklah dicari pada setiap malam di mana tidak lah sesuatu malam tersebut lebih dikhususkan dari malam-malam yang lain.
Di dalam satu riwayat yang telah dinukilkan oleh Al-Bukhariy dinyatakan; Malam Lailatul Qadar itu di dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan tersebut adalah pada malam yang kedua puluh tiga ataupun malam kedua puluh tujuh.
Ini adalah maksud daripada hadis yang telah dinyatakan terlebih dahulu iaitu bilangan yang ganjil dihitung dari hari-hari yang telah berlalu di dalam bulan tersebut ataupun berdasarkan malam-malam yang masih tinggal. Kadang-kadang bulan Ramadan itu genap tiga puluh hari dan kadang-kadang hanya dua puluh Sembilan hari, maka dapatlah disimpulkan bahawa malam Lailatul Qadar itu di antara sepuluh malam yang terakhir di dalam bulan Ramadan tersebut. Oleh yang demikian Rasulullah S.A.W. telah berikhtikaf di dalam sepuluh malam yang terakhir dari bulan dari bulan Ramadan tersebut dengan harapan bertembung malam Lailatul Qadar.
Allah S.W.T telah mengingatkan kita bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah pada malam yang kedua puluh tujuh dengan firmannya yang berikut;
Maka, kita telah mengetahui dengan yang sedemikian itu bahawa ayat itu telah datang selepas sempurnanya bilangan huruf di dalam surah tersebut sebanyak dua puluh tujuh huruf. Lantaran ituAllah S.W.T telah mengumumkan mengenai kesejahteraan pada malam itu sehinggalah terbitnya fajar.
Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam

“kesejahteraan sehingga terbitnya fajar”
Maka, kita telah mengetahui dengan yang sedemikian itu bahawa ayat itu telah datang selepas sempurnanya bilangan huruf di dalam surah tersebut sebanyak dua puluh tujuh huruf. Lantaran ituAllah S.W.T telah mengumumkan mengenai kesejahteraan pada malam itu sehinggalah terbitnya fajar.
Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...