Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Friday, July 19, 2013

Haramnya Bersanding


   
gambar sekadar hiasan


Adakah bersanding itu diharamkan? Bagaimana pula ibu bapa yang mahukan anak-anaknya bersanding sedangkan mereka tahu bahawa bersanding dalam Islam adalah haram!

Apabila sepasang teruna dan dara diijabkabulkan, maka menangislah syaitan kerana tertutup jalan untuk menggoda mereka ke jalan yang tidak diredai. Maka jangan gembirakan syaitan semula dengan amalan dosa.

Adat bersanding bukannya berasal dari Al-Quran atau hadis Rasulullah S.A.W, malahan tiada keterangan di dalam semua mazhab yang membolehkannya. Oleh itu melakukannya beerti menempah dosa yang paling berat. Bersanding hanya terdapat dalam ajaran hindu dan penganut ajaran ini dihukum murtad jika tidak melakukan persandingan. Menurut adapt istiadat hindu, untuk mendapat restu dari dewa-dewa maka setiap majlis persandingan mesti diletakkan dua gunung emas dan pokok emas di sebelah kiri dan kanan pelamin. 

Kini, orang melayu mewarisinya pula, mereka meletakkan pulut kuning, nasi minyak (wajik) dan pokok bunga telur sebagai ganti gunung emas atau pokok emas yang diamalkan oleh orang hindu.

Oleh itu, berbincanglah baik-baik dengan ibu bapa saudara saudari sekalian supaya majlis yang akan dilaksanakan nanti benar-benar menepati syariat Islam. Ketaatan dan kepatuhan yang hendak kita berikan kepada mereka hanya dalam perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak sahaja. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya; “Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat”



Rujukan : 600 Jawapan Kemusykilan Agama Islam Jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net