Gambar sekadar hiasan
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya
neraka Jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya
menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat
70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api,
pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap
lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula
terdapat 70,000 kamar dari api, dan pada setiap kamar itu pula terdapapt 70,000
ular dan 70,000 kala dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap
ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bias.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari
kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu
neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung disebelah
kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di
belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap
tersebut maka bergentarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil : “Ya
Tuhan kami selamatkanlah”.
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W.
telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam dan
neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam Surah At-tahriim ayat 6 yang
bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras”.
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya
adalah jarak perjalanan setahun dan setiap satu dari mereka itu mempunyai
kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya
maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan
sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
Surah At-Tahriim Ayat
6
Yang bermaksud;
“Wahai orang-orang
yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yangbahan-bahan bakarannya :manusia dan batu( berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.
Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...