Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 25, 2013

Apabila Iblis Laknatullah Menghadap Rasulullah S.A.W.

Telah diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W. bahawa setiap detik, setiap saat, setiap jam, Iblis Laknatullah akan sentiasa menyesatkan anak-anak Adam sehingga kiamat kelak, hingga di tiup tiupan sangka kala.

Diketahui, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah Nabi yang diutuskan Allah S.W.T untuk semua umat manusia di bumi Allah. Ia bukan lah untuk hanya sekelompok agama, bangsa, kaum mahupun negara, tetapi beliau diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk seluruh manusia, dan juga jin.


Mengikut sejarah, Allah S.W.T. telah menitahkan kepada Malaikat untuk menyuruh Iblis bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan menjawab semua soalan-soalan dari Rasulllah S.A.W. dengan jujur, dan amanah!. 

Iblis telah diingatkan oleh Allah S.W.T. akan balasan dan seksaan jika menjawab soalan Rasulullah S.A.W. dengan tidak betul dan bercampur dengan tipu daya Iblis itu. Sekiranya Iblis menipu nescaya Allah S.W.T. akan memutuskan urat-urat sarafnya, dan dia akan di seksa dengan sehebat-hebatnya seksaan nanti.

Setelah Iblis mendengar perintah Allah S.W.T. dia pun merasa takut lalu dia menghadap Rasulullah S.A.W. dengan merupakan dirinnya sebagai seorang manusia tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut yang amat panjang sekali.


Apabila Iblis sampai dihadapan Rasulullah S.A.W., Iblis telah memberi salam sebanyak 3kali kepada Rasulullah S.A.W. dan salam Iblis tidak dibalas sama sekali. Berkata Iblis : “Ya Rasulullah, kenapa engkau tidak menjawab salam dariku, bukankah engkau tahu salam itu sebagai penghormatan dan juga doa kepadamu yang datang dari Allah S.W.T.?

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: “ Wahai A’duwallah kepada akukah yang engkau hendak menunjukkan tipu dayamu?, sebagaimana engkau telah menipu nabi Adam a.s. menyebabkan beliau keluar dari syurga bersama Hawa? Atau seperti anaknya Qabil yang telah engkau melakukan tipu daya sehingga dia sanggup membunuh adiknya sendiri (Habil) disebabkan hal kecil? Atau sebagaimana engkau telah membuat tipu sulit kepada nabi Ayub a.s. dengan menghembuskan angina racun semasa beliau bersujud kepada Allah S.W.T. sehingga dia sakit melarat yang lama? Atau bagaimana engkau telah menipu nabi Sulaiman dan mencuri cincinnya dan ramai lagi yang telah engkau sesatkan dan engkau khianati? Kini aku pula engkau hendak cuba membuat tipu daya kepada aku? Wahai Iblis, aku kenal sangat engkau dan kerana aku kesal atas perbuatan engkaulah aku tidak menjawab salam engkau itu! Salam kamu sahaja aku tidak mahu menjawab kerana kepadamu adalah haram untuk kamu mengucapkan salam, disebabkan laknat dari Allah S.W.T. hingga hari kiamat kelak. Kini jelaslah kenapa engkau datang bertemu dengan ku!”

Berkata Iblis: “Ya Rasulullah, janganlah engaku marah wahai Khatamun Nabiyin. Sebenarnya kedatanganku adalah atas perintah Allah S.W.T. yang mengkehendaki aku datang berjumpa denganmu dan menjawab segala soalan darimu. Dan jika aku tidak menjawab dengan benar, nescaya akan hancur luluhlah badanku ini walaupun dengan sepatah kata yang dusta”.


Setelah Rasulullah S.A.W. mendengar akan kata Iblis itu, maka Rasulullah S.A.W. tersenyum dan berkata dalam dirinya, inilah peluang untuk aku menyiasat semua perbuatan Iblis dan akan menjadi saksi oleh para sahabatku nanti. Semoga akan menjadi peringatan  dan pengajaran kepada seluruh umatku kelak. 

Rujukan : Pemahaman Dari Pembacaan Admin Bersumberkan Yang Bernas Lagi Benar 

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net