Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 11, 2013

Menjimak Isteri Di Bulan Puasa

Soalan 

Apakah hukumnya seseorang suami yang terlupa dia berpuasa lalu menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan?

Jawapan 

Menurut hukum syarak, sesuatu ibadat yang fardu misalnya sembahyang dan seumpamanya jika tidak dilakukan oleh sebab lupa ataupun tertidur adalah dimaafkan tetap perlulah dikadakan. Akan tetapi badat puasa, jika seseorang yang terlupa dia berpuasa, lalu makan, maka makannya itu tdaklah membatalkannya kerana bukan dsengajakannya, itulah rezeki dari Allah S.W.T. Apabila sudah sedar, maka hendaklah diluahkan makanan yang masih d dalam mulut dan bersihkan mulut.

Orang yang makan kerana terlupa boleh meneruskan puasanya. Dalilnya bersandarkan sabda Rasullulah S.A.W. maksudnya ; "Barangsiapa yang lupa walhal da sedang berpuasa lalu dia makan atau mnum , maka maka hendaklah da mnyempurnakan puasanya itu, hanya Allah S.W.T. yang memberi makannya dan minumnya." 

Sabda yang lain berbunyi; "Barangsiapa yang berbuka dalam bulan ramadan dalam keadaan lupa, maka tidak ada kada dan tidak ada kifarat atasnya".

Tentang orang yang terlupa yang dia berpuasa lalu dia makan kemudan disangkanya masa itu sudah batal, lalu da menjimak isterinya pada sang hari, maka puasa itu wajib dikada dan tidak wajib membayar kifarat jimak sebab puasanya batal kerana makan, bukan kerana jimak.

Menurut pendapat Imam Malik, Imam Syafie, Abu Tsur, dan Ibnul Munzir kata mereka; "Apabila makan seseorang dalam keadaan lupa, lalu disangkanya yang demikian itu telah membatalkan puasanya, lalu dia melakukan jimak dengan sengaja, sesungguhnya atasnya wajib kada dan tidak wajib atasnya kifarat".  
( Tafsir Al-Qurtubi )


Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net