Daripada alamat-alamat malam Lailatul Qadar adalah
sebagaimana yang diriwayatkan dari Al-Hassan Al-Basriy; ia adalah malam yang
tenang, damai,dan tenteram. Tidak panas dan tidak sejuk. Matahari yang terbit
keesokan harinya tidak sangat terik sinarannya.
Di dalam Sohih Muslim; disebabkan ramainya malaikat yang
turun pada waktu malamnya; malaikat yang turun dan naik di dalam keadaan silih
berganti, di mana malaikat-malaikat melindungkan cahaya matahari dengan sayap
dna tubuh mereka ketika terbitnya matahari itu. Dan disebabkan naiknya
malaikat-malaikat itu sekaligus apabila malam itu sampai ke penghujungnya.
Maka, Allah S.W.T telah mengurniakan malam Lailatul Qadar
untuk umat Muhammad S.A.W. Maka Rasulullah S.A.W. telah membacakan ayat di
atas. Iaitu di mana orang israil itu berjuang di jalan Allah S.W.T. selamat
seribu bulan tetapi untuk umat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T mengurniakan satu
malam yanag sama kelebihannya dengan seribu bulan.
Ahli tafsir telah berkata; Maknanya adalah amalan soleh di
malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul
Qadar.
Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...