Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Saturday, July 20, 2013

Kisah Orang Yang Mendapat Keampunan Dari Allah Dengan Sebab Menjawab Seruan Azan



Dihikayatkan ada seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong di dalam golongan orang yang memiliki harta kekayaan.

Di samping itu, dia telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana dia mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya tetapi apabila terdengar seruan azan, serta merta dia memerintahkan orang-orang yang menghiburkannya supaya berhenti sejenak daripada menyanyi sehinggalah selesai azan, maka dia menjawab seruan azan. Setelah selesai azan, barulah disambung semula nyanyian  para penghiburnya. Hanya itulah amalan yang sentiasa diamalkannya.

Apabila dia telah meninggal dunia, maka setengah daripada orang-orang yang banyak melakukan amal sooleh melihat di dalam tidurnya (mimpi bertemu dengan Siti Zubaidah). Lalu mereka bertanya kepadanya: “Apakah balasan Allah terhadapmu?”.
Jawab Siti Zubaidah: “Dengan berbanyak mengucapkan syukur bahawa Allah telah mengampuni segala kesalahanku”.

Tanya orang-orang yang beramal soleh: “Ibadah apakah yang menyebabkan engkau sentiasa mendapat keampunan daripada Allah?Apakah dengan sebab engkau membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah?”.
Jawabnya : “Tidak, bukan amal ibadah itu yang menyebabkan aku mendapat keampunan dari Allah kerana pembuatan kolam air itu bukanlah dari hartaku sendiri tetapi bercampur dengan harta orang lain, maka pahalanya juga dibahagi-bahagikan kepada orang yang turut menderma”.

Tanya orang-orang  yang beramal soleh: “Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan dari Allah sedangkan yang kami ketahui kamu tiada beramal ibadah selain daripada pembuatan kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah sahaja”.

Jawab Siti Zubaidah: “Memang aku tidak banyak beramal ibadah tetapi pada masa hidupku, aku mempunyai satu majlis yang sunyi sebagai tempat permainan dan hiburan. Dari tempat yang sunyi itu, apabila terdengar seruan azan oleh muezzin, maka aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan sehinggalah seruan azan selesai. Itulah sahaja amal ibadah yang sentiasa aku jaga setiap kali berkumandang seruan azan. Sebagai balasannya, Allah mengampunkan segala kesalahan-kesalahanku. 

Maka apabila malaikat hendak menyiksa aku, Allah berfirman: “kamu ditahan dari menyeksanya. Jikalau tiada keimanan di dalam hatinya, dia tidak akan menyebutku ketika dia dalam keadaan mabuk”.



Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah  Teladan 



Pakej Video Buat Duit Dengan Bisnes Printing

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net