Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Friday, July 19, 2013

Hukum Melintasi Orang Sembahyang Hukum



Apakah hukumnya berjalan  atau melintasi orang yang sedang sembahyang?

Duduk atau berdiri apalagi melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah dilarang dan dia boleh dianggap seperti syaitan.

Orang bersembahyang hendaklah membuat sempadan sembahyangnya. Jika seseorang itu lalu di dalam kawasan sempadan itu bolehlah dihalangnya dengan tangan. Jika lalu di luar batas tersebut maka tidaklah mengapa.

Bagaimana pula kita bersembahyang di dalam masjid, di ruang tengah tetapi ada orang lalu di bahagian hadapan kita, ketika itu sembahyang kita bukan dalam berimam? Seeloknya, hendaklah kita bersembahyang di baris hadapan sekali kerana tiada akan orang yang ingin melintasi kita atau berjalan di hadapan kita.

Semoga sembahyang kita diredhai dan diberkati Allah S.W.T. Insyallah….

Rujukan : 600 Jawapan Kemusykilan Agama Islam Jilid 2





No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net