Dari Abu Bakar R.A. ;
Yang bermaksud : “Orang bakhil tidak terlepas dari
(kemungkinan akan mengalami) salah satu dari tujuh perkara :-
1. Dia
mati, kemudian hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan mempergunakannya ke tempat yang menyalahi
perintah Allah S.W.T.
2. Allah
memberikan kuasa kepada seorang pemimpin
yang zalim, dan akan membinasakannya dengan merampas hartanya setelah menghina
dirinya.
3. Allah
S.W.T. meninggikan syahwatnya yang akan merosakkan hartanya.
4. Timbul
fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, sehingga
kerana itu hartanya akan musnah.
5. Dia
ditimpa salah satu dari bencana dunia, seperti hartanya tenggelam, terbakar,
kecurian dan lain-lain yang seumpama dengan itu.
6. Dia
ditimpa penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya
untuk mengubatinya.
7. Dia
menanam hartanya di suatu tempat, lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh
menjumpainya.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...