Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 11, 2013

Sembahyang Tarawih 20 Rakaat

Soalan

Benarkah sembahyang sunat tarawih 20 rakaat itu bukan daripada Rasullulah S.A.W?

Jawapan

Sembahyang sunat tarawih adalah suatu amalan sunat yang dilakukan sepanjang bulan puasa. Memang timbul persoalan sekarang berapakan bilangan rakaat yang sebenar sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Bilangan rakaat sembahyang tarawih yang biasa dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah lapan rakaat sahaja dan menambahkan tiga rakaat sunat witir. Bagaimanapun, 20 rakaat itu adalah amalan para sahabat baginda setelah baginda wafat.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab, beliau telah memerintahkan supaya sembahyang sunat ini dilakukan secara berjemaah.

Khalifah Umar juga telah menyarankan supaya rakaat sembahyang tarawih ditambah menjadi 20 rakaat berbanding dengan lapan rakaat sebelum ini.

Biarpun ini adalah saranan Khalifah Umar tetapi perlu dimaklumkan bahawa barangsiapa menolak amalan para sahabat Nabi bermakna dia menolak pengiktirafan yang dibuat oleh baginda.

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda maksudnya; Daripada Usman Bin Malik, bersabda Rasulullah; “kalau adalah selepasku Nabi nescaya Umar bin Al-Khattab lah orangnya”.

Hujah ini disokong oleh Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hambal dimana mereka memutuskan bahawa sembahyang tarawih itu 20 rakaat. ( riwayat Al-Baihaqi )

Di dalam sebuah hadis daif yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sembahyang pada malam bulan Ramadan dengan tidak berjemaah dua puluh rakaat dan witir”.

Menurut Imam Nawawi, dibolehkan mengamalkan hadis daif dalam soal-soal memperbanyakkan amal kebaikan demi mendapatkan ganjaran pahala Akhirat.

Sepakat ulama hadis dan ulama fiqih bahawa boleh bahkan sunat berdalil dengannya.
Dengan demikian dapatlah diketahui bahawa sembahyang tarawih 20 rakaat itu telah ditetapkan bersumberkan ijmak sahabat.


Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net