Jika dinyatakan oleh bahawa Allah S.W.T tidak menyatakan
dengan jitu pada malam yang manakah terjadinya malam Lailatul Qadar itu
sebagaimana Dia menentukan Jumaat dan menerangkan kepada hamba-hambanya.
Dikatakan ianya adalah bermaksud supaya kepada hamba-hambanya tidak
meringan-ringankan amalan-amalan mereka pada malam tersebut dan berkata;
“Sesungguhnya kami telah mengetahui malam Lailatul Qadar itu yang mana
ia lebih baik dari seribu bulan”.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengampunkan kita dan kita
telah memperolehi di sisinya kedudukan dan syurga. Maka dengan yang demikian
mereka tidak mengamalkan sebarang amalan juapun dan berpuas hati. Oleh itu, di
dalam keadaan yang demikian sifat laagi wujud di dalam hati-hati mereka lalu
mereka memusnahkan diri mereka sendiri.
Dinyatakan bahawa Allah S.W.T. menyembunyikan lima perkara
di dalam lima perkara; Menyembunyikan keredhaannya di dalam ketaatannya,
menyembunyikan kemurkaannya di dalam kemaksiatan, menyembunyikan sembahyang
wusta di dalam sembahyang yang lima, menyembunyikan walinya di kalangan
makhluknya dan menyembunyikan malam Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadan.
Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...