Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 22, 2013

Kisah Umar Al-Khattab R.A. Dengan Pembawa Arak


gambar sekadar hiasan

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa suatu hariUmar r.a. melalui suatu jalan dari jalan-jalan di Madinah, dalam masa berjalan itu Umar r.a. telah terlihat seorang pemuda membawa botol dalam bajunya. Maka Umar r.a. pun bertanya: “Wahai pemuda apakah yang kamu bawa dalam baju kamu itu?” Apabila pemuda itu mendengar teguran dari Umar r.a. dia merasa takut sebab dalam botol yang disembunyikan dalam bajunya itu mengandungi arak.

Oleh kerana pemuda itu merasa takut untuk mengatakan  ianya arak, maka dia berkata dalam hatinya : “Ya Tuhanku, tolonglah aku janganlah kamu  memalukan aku di hadapan Umar r.a. dan aku berjanji tidak akan minum arak lagi buat selama-lamanya”.

Lalu berkata pemuda itu: “Ya Amirul Mu’minin sebenarnya botol yang aku bawa dalam bajuku ini mengandugi madu”.

Kemudian Umar r.a. berkata: “Cuba kamu keluarkan aku hendak melihatnya”. Lalu terketar-ketar pemuda itu memberikan botol tersebut kepada Umar r.a. maka dengan kehendak Allah S.W.T. arak  tadi bertukar menjadi madu, dan Umar r.a. pun mengembalikan kepada pemuda tersebut.

Hati seseorang itu hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Jangan sekali-kali mengharap kepada makhluk, sebab makhluk itu tidak berkuasa, sekiranya Allah hendak mengubahnya maka nescaya ianya akan berlaku tidak mustahil.

Kalau seseorang itu takut kepada seseorang maka hendaklah dia menjauhkan dirinya dan kalau seseorang itu takut kepada Allah S.W.T. maka hendaklah dia mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T. Insyallah…


Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net