Kelebihan Lailatul Qadar :
Telah dikeluarkan oleh Al-bukhairy dan Muslim daripada
Aishah r.a. sesungguhnya nabi S.A.W. telah bersabda ;
“Carilah malam Lailatul Qadar pad bilangan yang ganjil di dalam tempoh
sepuluh hari terakhir Ramadhan”
Ihtisab bermakna mengharapkan ganjaran dari Allah S.W.T. di
alam akhirat.
Para alim ulama telah berkata ; Dinamakan Lailatul Qadar
bagi apa yang di tulis oleh
malaikat-malaikat mengenai ketentuan-ketentuan dan rezeki-rezeki dan ajal akan
berlaku di sepanjang tahun tersebut. Dikatakan juga, ianya dinamakan Lailatul
Qadar disebabkan oleh amal soleh yang dilakukan didalamnya mempunyai kepastian
yang ia akan diterima oleh Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ; “dengan keimanan
dan ihtisab ianya bermaksud hanya untuk memperolehi keredhaan Allah S.W.T.
tidak sahaja ganjaran dan tidak juga keselamatan darinya. Ia adalah keikhlasan
di dalam mengerjakan amalan”.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; barangsiapa yang
menghidupkan malam Lailatul Qadar, maksudnya ialah menghidupkan malam tersebut
dengan melakukan ibadat dan amalan-amalan ketaatan kepada Allah S.W.T. dengan
penuh iman dan ihtisab.
Maka dengan yang demikian akan diampunkan dosa-dosanya yang
telah lalu, ini termasuk dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar dan sesungguhnya
kelebihan Allah S.W.T. adalah lebih luas dari itu.
“Sesungguhnya kami telah turunkannya di malam Lailatul Qadar dan
tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik
dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat dan malaikat jibril dengan
izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan
sampai terbit fajar”.
Rujukan : Rahsia Dan Kelebihan Hari Dalam Islam
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...