Seperti yang diterangkan sebelum ini cara pertama
dan kedua Iblis menganggu makluk Allah , kini diterangkan pula cara ketiga
Iblis menganggu dan menghasut makhluk Allah.
Berkata Iblis :
“Ya
nabi Allah, sesetengahnya pula aku melalaikan mereka dengan benda dan mas,
perak, rumah yang besar, kebun, sawah, dan sebagainya. Supaya segala hasil
daripada kekayaan itu akan dipergunakan untuk berbuat maksiat, noda dan dosa
serta durhaka kepada Allah”.
Mereka yang lalai akan dengan kekayaan dan kemewahan
hidup di dunia ini, mereka itu adalah yang menurut kehendak syaitan dan Iblis.
Di dalam Al-Quran telah disebutkan :-
Yang bermaksud ; “Sebenar-benarnya
harta benda dan anak pinakmu itu adalah fitnah”
Firman Allah S.W.T. ;-
Yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah melalaikan akan dirimu kerana harta
bendamu, dan anak pinakmu daripada mengingati akan Allah S.W.T. Dan barang
siapa yang berbuat demikian itu, itulah orang-orang yang rugi sekali”
[Surah
Al-Munafiqun ayat 9]
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...