Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 18, 2013

Nabi Adam Dan Hawa Berbogel Di Syurga?



Benarkah Nabi Adam Dan Hawa berada di dalam keadaan bogel sewaktu di Syurga iaitu sebaik sahaja  termakan  buah  khuldi?

Wallahu a’lam.Tetapi tersebut dalam Al-Quran setelah mereka memakan buah khuldi itu nampaklah aurat keduanya. Terpaksalah mereka berdua mengambil daun-daun Syurga untuk menutup kemaluan masing-masing.

Apa yang diceritakan itu boleh jadi sebagai simbolik sahaja. Bukankah orang Islam itu berpakaian taqwa (hatinya takutkan Allah)?. Jadi, apabila melakukan dosa bererti hatinya tidak takut kepada Allah lagi.
Ini yang dimaksudkan tercabutnya pakaian  (pakaian taqwa) mereka. Kalau yang dimaksudkan itu makna sebenar pun boleh jadi juga. Orang yang berbuat salah tidak layak duduk di dalam Syurga. Maka pakaian Syurga pun tidak boleh dipakai lagi. Mesti dilucutkan.



Rujukan : 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net