Islam mengharuskan perbuatan menawarkan diri
untuk dikahwini oleh suami orang?
Perbuatan begitu diharuskan oleh Islam, cuma
perkara-perkara sampingan seperti membuat syarat supaya lelaki itu menceraikan
isterinya yang sedia ada itu sahaja yang
dilarang.
Tetapi sekiranya dia menawarkan diri untuk berkahwin
itu dibuat semata-mata kerana Allah dan bertujuan baik, maka Islam tidak
melarang. Bahkan, pernah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat termasuk juga di
zaman kebelakangan ini, hal demikian berlaku dengan banyak dan mudahnya.
Perempuan itu tidak hina, malah tindakan ini boleh
menyelamatkan maruah perempuan itu juga. Daripada berbuat maksiat bukanlah
lebih baik berkahwin? Ingatlah, Siti Khadijah sendiri yang meminang Rasulullah
S.A.W. sedangkan dia itu janda.
Islam ini mudah, maka gunakanlah setiap ilmu yang
Allah S.W.T berikan ini dengan sebaik mungkin. Insyallah mendapat kebahagiaan
Dunia dan Akhirat.
Rujukan : 600
Kemusykilan Agama Islam Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...