Dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, Allah S.W.T.
berfirman maksudnya ;
“Hai
orang-orang yang beriman, jauhilah dirimu dari prasangka, sesungguhnya
prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain
dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Maka
bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyanyang”.
Ghibbah atau perangai suka mengumpat atau dalam kata
lain suka menceritakan keburukan orang lain sebenarnya lebih dasyat dan lebih
besar dosanya daripada zina. Orang yang mengumpat, dosanya tidak diampuni oelh
Allah S.W.T. sehinggalah orang yang diumpat itu memaafkannya.
Di akhirat nanti, orang yang mengumpat akan
dibangkitkan dengan wajah anjing. Ini menunjukkan betapa hinanya perbuatan
mengumpat di sisi manusia apalagi di sisi Allah S.W.T.
Bagi orang yang melakukan dosa ini wajib segera
bertaubat, menyesal atas perbuatannya yang lalu dan berasa sedih lagi gementar
mengenangkan azab Allah S.W.T. di akhirat kelak. Selepas itu minta maaf kepada
orang yang diumpati.
Harus diingat, bukan meminta maaf sahaja tetapi
kenalah terangkan apa yang telah diperkatakan (diumpatkan) kepadanya agar
menghalalkan segala kesalahan-kesalahan kita itu.
Jika sedang berada dalam kelompok orang yang sedang
mengumpat, segeralah haling dia atau mereka dari meneruskan umpatan itu atau
nasihat dengan lisan iaitu berkata dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Allah S.W.T. berfirman maksudnya ;
“Serulah
pada jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik dan berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang baik”. (Surah
An-Nahl, ayat 125)
Sekiranya dengan dua cara itupun masih tidak mampu,
maka berdoalah semoga kawan itu akan sedar dan bertaubat. Sesungguhnya senjata
bagi orang Mukmin ialah dengan berdoa.
Info
untuk menegur kawan sendiri kadang-kadang
sukar dan hasilnya pun kurang berkesan. Oleh itu, carilah jalan supaya ada
orang yang berpengaruh dan disegani olehnya menegurnya. Berpakat baiklah dengan
orang itu. Yang penting cara teguran itu tidak memutuskan hubungan yang telah sedia terjalin.
Rujukan : 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...