Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 08, 2013

3 Komponen Untuk Membina Website

Website adalah satu halaman yang dimana setiap orang mencari sesuatu perkara yang ingin diketahui di dalam internet. Hari ini, website juga adalah tempat untuk seseorang mendapatkan hasil pendapatan melalui perniagaan internet yang mana ia digunakan sebagai tapak utama meletakkan barangan jualan.

Sebelum membuat atau membangunkan sesebuah website, 3 perkara utama perlu diketahui bagi melengkapkan sebuah website yang cantik, ringkas dan padat. Melalui penulisan saya hari ini, saya akan menerangkan tentang 3 komponen utama tersebut. 

Apa itu Laman web? ( Rumah, Kedai @ Tapak Niaga )

Secara analoginya, kita boleh menganggap bahawa laman web itu seperti rumah atau pejabat kita. Bagaimana rumah dibina?apa peralatan dan bahan yang digunakan?. Sudah semestinya kita memerlukan contohnya simen, kayu dan yang sewaktu dengannya untuk membina rumah kita. 
Begitu juga dengan laman web, kita memerlukan peralatan pembangunan laman web yang khusus seperti  Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Laman web kita itu boleh berbentuk html, php, asp dan sebagainya.
Apa itu Domain? ( Alamat Rumah)
Nama domain pula bolehlah di anggap sebagai alamat rumah dan amat penting untuk memastikan pelawat dapat menjumpai dan memasukinya atau dengan kata lain mengakses laman web anda  itu. Nama domain boleh dibeli dari mana-mana penjual domain atau lebih di kenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang terdapat di internet. Harga domain kebiasaannya bermula serendah RM35 setahun hinggalah RM150 setahun. Sekiranya anda tidak mempunyai nama domain, ibaratnya anda membina rumah tanpa alamat.
Apa itu Webhosting? ( Tapak Rumah ) 
Webhosting pula boleh di anggap tapak/tanah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah idaman anda. Oleh sebab itu anda memerlukan webhosting sekiranya mahu memiliki sebuah laman web. Webhosting ini sebenarnya merupakan komputer yang mempunyai sambungan ke internet 24 jam sehari. Komputer ini lebih di kenali sebagai Server yang mana ia berangkaian antara satu sama-sama. Kita hanyalah perlu menyewa ruang komputer atau server ini daripada penyedia webhosting yang ada di internet. Contoh, jl3tebuhitam.com mengggunakan webhosting dari pihak serverfreak
Saya berharap agar anda faham tentang 3 komponen utama ini.
" pelajari bersama, hayati bersama"

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net