Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 18, 2013

Mengingati Mati



Anggapan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa banyak mengingati mati akan menyekat kemajuan, pembangunan, dan kejayaan. Adakah semua ini benar atau hanya tanggapan sahaja?
Mati pasti akan tiba. Firman Allah S.W.T. maksudnya;

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”

Sama ada seseorang itu mahu mati atau tidak mahu mati kematian itu pasti akan datang. Sebab itu dalam ajaran Islam,mengingati mati merupakan sesuatu yang dituntut. Mengingati mati mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi orang yang hidup di dunia dan istimewanya untuk diakhirat. Rasulullah S.A.W. sendiri menyebut tentang mati tidak kurang 20 kali dalam sehari. Malah baginda pernah menyarankan kepada umatnya yang bermaksud; “Perbanyakkan mengingat-ingat  tentang perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)”.

Ketika Rasulullah S.A.W. ditanya tentang siapakah orang yang pintar di antara manusia, jawab baginda mereka itu ialah orang yang memperbanyakkan mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Sesungguhnya orang mukmin itu, ketika dijemput oleh maut, digembirakan dengan memperolehi rahmat Allah, maka diapun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah S.W.T. pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula ketika dijemput oleh maut, diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu dia pun benci bertemu Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya”.

Jelaslah, pendapat yang mengatakan mengingati mati akan menyekat kemajuan dan kejayaan adalah pendapat yang silap kerana Rasulullah S.A.W. dan para sahabat paling banyak mengingati mati, tetapi sejarah menceritakan merekalah yang paling maju dan bertamadun malah mereka mampu menawan dunia.

Mereka yang berpendapat demikian, sebenarnya jahil dalam banyak hal. Mereka menyangka orang yang selalu ingat mati akan berkurung di dalam rumah, buat ibadah sahaja.
Apa tidak bijakkah, seseorang yang memikirkan sesuatu yang akan tiba lalu membuat perancangan untuk menghadapinya? Untuk itu dia akan bersedia dengan amalan khidmat kebajikan sebanyak mungkin. Kerana dia tahu segalanya akan dihisab yang akan menentukan kemana sudahnya selepas itu, apakah ke Syurga atau ke Neraka, yang penuh kesengsaraan.



Rujukan : 600  Jawapan kemusykilan Agama Islam Jilid 2



No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net